top of page
Search

A Secret Life Of Walter Mitty

  • Aurelia
  • Jul 30, 2015
  • 1 min read

Jika mencari filem yang santai, tidak terlalu berat untuk ditonton, anda boleh menonton 'A Secret Life Of Walter Mitty'.



Ia adalah sebuah filem komedi-romantik dan pengembaraan, adaptasi cerita pendek James Thurber, yang pernah difilemkan pada tahun 1947.


Ia mengisahkan pengembaraan Walter Mitty, pengurus aset - negatif filem - pada majalah Life, yang kerap melamun dan berangan, ala-ala Ally McBeal. Mitty bekerja dengan fotojurnalis, Sean O'Connell. Dia juga telah tertarik pada rakan sekerja yang bernama Cheryl. Antagonisnya adalah watak Ted Hendricks yang baru dilantik bagi menguruskan penstrukturan semula dengan memecat sebahagian besar kakitangan majalah tersebut.


Pengembaraan Walter bermula apabila Ted meminta Foto No. 25 untuk dijadikan mukadepan terakhir majalah Life. Sean O'Connell telah menghantar negatif terkini dan dompet sebagai hadiah dan Sean percaya negatif # 25 adalah pati kepada majalah Life. Namun, negatif No. 25 ini gagal ditemui oleh Walter di dalam simpanan aset. Walter berhasrat untuk mencari Sean. Cheryl mencadangkan bahawa negatif gambar yang lain mungkin adalah petunjuk ke lokasi Sean. Dari situ, bermulalah pengembaraan Walter dan perubahan paradigma serta peribadinya.


Cerita ini digarap dengan pemandangan indah di Greenland, Iceland dan Afghanistan.


Satu lagi yang istimewa adalah runut bunyi yang salah satunya adalah lagu hits David Bowie yang diberi nafas baru, Space Oddity.



Walter Mitty didokong wataknya oleh Ben Stiller. A Secret Life Of Walter Mitty bukanlah filem yang sangat hebat yang memungkinnya memenangi pelbagai anugerah. Ia adalah sebuah filem yang ringan tetapi ia memupuk semangat untuk kita menjayakan apa yang kita hajati.


 
 
 

Commentaires


Editor
Search By Tags

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page