Dataran JB & Medan Steamboat Luton Van
- Nautilia
- Jul 7, 2015
- 2 min read
Tempat yang perlu anda singgah, paling tidak untuk rasa suasananya, di Bandaraya Johor Bahru adalah Medan Steamboat Luton Van di Dataran Johor Bahru.
LOKASI

Lokasinya adalah di Sungai Chat, Johor Bahru. Anda boleh search Dataran Johor Bahru pada Waze dan GPS anda.
TARIKAN
Istimewanya di sini sudah tentulah perniagaan steamboat dan makanan lain dari luton van. Tak tahu apa dia luton van? Search kat Google.

Ini adalah luton van kalau malas nak search kat Google. Gambar adalah cedokan dari fadzilahmamat.com.
Anak-anak penulis tak berapa nak hairan sangat di sini sebab senarionya hampir sama di 'downtown'-'downtown' sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang, cuma di sini memang dikhaskan untuk luton van sahaja, tak boleh nak pacak gerai, pasang meja kat pasar malam.
Selain daripada steamboat, banyak lagi makanan lain terdapat di sini.
Penulis sempat makan sup ayam. Markah bagi 6.5/10 kerana servis biasa-biasa, rasa pun oklah. Penulis minta sup tulang (ada dalam menu terpampang di van) tapi dia kata ada gearbox saja. Typical. Yang lain-lain penulis tak sempat nak rasa sebab anak-anak dah tak sabar nak bermain.

Setelah puas makan, anda bolehlah membuang lemak-lemak dan kolesterol yang anda makan tadi di Dataran Johor Bahru bersebelahan dengan Medan Steamboat Luton Van tadi.
Pada saat penulis ke sana, dataran masih lengang. Lengang di sini bermaksud tidak sesak, sebagai perbandingan dengan Dataran Masjid Putra, Putrajaya pada setiap malam. Kedua, mungkin penulis ke sana pada waktu hari bekerja, hari Selasa. Jadi tak berapa ramai dan meriah. Ketiga, mungkin sebab masih awal kerana penulis ke sana pada jam 9 malam. Betul ke orang Johor?
Sama seperti di Dataran Masjid Putra, terdapat peniaga-peniaga dengan jualan mainan kanak-kanak, sewaan belon buih, kasut roda basikal dan lain-lain lagi.

Walaupun boleh dikatakan kerap bermain belon buih ni, anak-anak penulis tak lepaskan peluang untuk main belon buih ni, termasuk yang baru beberapa hari masuk satu tahun ni.

Dengan keadaan yang tidak sesak ini, tempat ini sesuai untuk membawa keluarga menghirup udara segar di waktu malam sambil membuat aktiviti ringan seperti mengayuh basikal dan lain-lain.


Jadi, jangan lupa berkunjung ke Dataran Johor Bahru sekiranya anda telah tiba ke Bandaraya Johor Bahru.
Comments