Tasik A Batu Pahat
- Nautilia
- Jul 6, 2015
- 1 min read
Jikalau anda ke Batu Pahat bersama anak-anak, luangkan sedikit masa di sebelah petang untuk berkunjung ke Tasik A.
LOKASI
Tasik A terletak berhampiran pejabat-pejabat kerajaan di Batu Pahat.

AKTIVITI
Tasik ini sesuai untuk aktiviti riadah petang mahupun pagi - yang mahu menguruskan pinggang dengan berjogging(?) - dan yang penting - kanak-kanak di bawah umur 12 tahun pasti suka aktiviti luar berbentuk 'playground' di sini.
Yang nak berdating dan tak segan dipandang oleh kanak-kanak, anda juga boleh datang ke sini.
TARIKAN

Apa yang uniknya di sini adalah replika-replika dinosour yang diperbuat daripada konkrit yang pasti akan menjadi tumpuan kanak-kanak.
Pada mulanya, ada sebahagian daripada anak-anak anda yang takut..

Selepas mereka meninjau dinosour tersebut, pasti mereka akan meng'keghabat'nya.

KEMUDAHAN
Kemudahan awam seperti tandas awam dalam keadaan baik terletak berhampiran parkir dan laluan masuk ke Tasik A. Gerai-gerai makanan yang sering menjadi tumpuan kakitangan awam yang bertugas di sekitar juga terdapat di kawasan parkir berkenaan. Tetapi, penulis melalui pengalaman pahit apabila hanya satu gerai yang buka (hari Ahad) dan servisnya, Allah jualah yang tahu perkataan yang sesuai.
KESELURUHAN 8/10
PROs : Mainan sesuai untuk kanak-kanak
Persekitaran memuaskan
Kemudahan dan makan minum mudah
Anak-anak akan balik keletihan dan tidur
CONs : Open air, so panas sikit
Mak ayah pun akan letih mengejar anak-anak dan balik tidur
Comments