top of page
Search

M-Suites Hotel Johor Bahru

  • Aurelia
  • Jul 6, 2015
  • 2 min read

Penulis telah berkunjung ke Johor Bahru baru-baru ini dan telah menginap di hotel M-Suites berhampiran Danga Bay. Apa yang menarik?

LOKASI

Lokasinya adalah di laluan utama dari utara ke Johor Bahru dan terletak kira-kira 10 minit berkereta dari Danga Bay.

PENGINAPAN

Pada kadar RM158 semalam yang ditempah melalui agoda.com, ia adalah berpadanan dengan kualiti penginapan yang ditawarkan. Penulis tidak sempat mengambil gambar suasana dan hiasan dalaman bilik hotel kerana teramat sibuk dengan kerja di ketika itu. Bilik yang ditempah tersebut turut menyediakan ruang bekerja yang selesa, ala-ala kitchen island.

F & B

Penulis telah bergegas ke Kulaijaya pagi berkenaan, jadi, tak sempat nak merasa sarapan pagi di M-Suites ini. Namun demikian, penulis dimaklumkan bahawa makanan (sarapan) nya sedap cuma kurang pilihan.

Jika anda ingin menikmati makanan selain dari yang disediakan oleh pihak hotel, anda tidak akan menemui restoran pada sekitar yang berdekatan pada jarak berjalan kaki. Walaubagaimanapun, Restoran Singgah Selalu adalah berdekatan, 10 min pemanduan dari hotel.

TARIKAN

Selain lokasinya yang strategik, berdekatan dengan tempat-tempat pelancongan di sekitarnya, hotel M-Suites juga ada kemudahan kolam renang dengan water slide. Walaupun ringkas, ia memadai bagi kanak-kanak yang berusia 6-12 tahun. Ada juga water slides bagi orang dewasa, tapi, kurang mencabar..

IMG-20150702-WA0109.jpg

Kolam renang ini juga tidak begitu dalam, sesuai untuk kanak lingkungan umur tiga (3) tahun ke atas.

IMG-20150702-WA0073.jpg

Kalau yang tak segan silu, bolehlah cuba water slide yang disediakan, yang ala-ala slide Lake Garden Taiping atau yang ala-ala Desa Water Park.

IMG-20150702-WA0129.jpg

Etika pemakaian tidak dikuatkuasakan sangat, jadi, jangan risau, tak ada yang akan menghulurkan kain batik kepada anda.

IMG-20150702-WA0136.jpg

Selain itu, jika ada yang mempunyai anak kecil, tak boleh nak main gelongsor-gelongsor ni, bolehlah berehat di bawah cendawan yang membawa hujan, seperti penulis.

IMG-20150702-WA0127.jpg

KEMUDAHAN

Pihak hotel menyediakan pelbagai kemudahan asas sebuah hotel empat bintang. Namun demikian, caj RM10 akan dikenakan bagi mendapatkan khidmat internet tanpa talian (wi-fi) di bilik. Pihak hotel juga menyediakan tiket-tiket untuk ke Taman Tema Legoland dan taman tema lain seperti Sanrio Hello Kitty dan Little Big Club.

KESELURUHAN 8/10

PROs : Hotel selesa; ruang yang luas

Ada bathtub dalam bilik air

Ada ruang bekerja

Kolam renang dengan sedikit hiburan water slide

Kanak-kanak pasti suka

CONs : Wi-Fi dicaj

Bathtub usang

Persekitaran ke kolam renang kurang dijaga

Lif juga agak perlahan

Makan luar berhampiran tiada

ad


 
 
 

Comments


Editor
Search By Tags

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page