top of page
Search

Minyak Beku Agrotourism Resort Batu Bahat

  • nautilia
  • Jun 30, 2014
  • 2 min read

IMG-20150702-WA0116.jpg

Bagi mereka yang berkereta berkunjung ke Batu Pahat dan mencari tempat istirehat, Minyak Beku Agrotourism Resort (MBA) adalah salah satu daripada pilihan yang boleh anda pertimbangkan.


data=RfCSdfNZ0LFPrHSm0ublXdzhdrDFhtmHhN1u-gM,MIEZPVCeVvO2GP5IZZPk-xzepwNwTQwe6l2hmkhhTBrPuSU1E7lAfEZdzj1OAAEYxxwtf6AjCG8Ur7Wgzwf1eRZbe3D5ToQjT9CMqUPHkPHFXp5ZlEMSafLCjXupQZY8F6SY3iUsHZF.png

LOKASI

MBA terletak kira-kira 10 minit pemanduan pada keadaan trafik normal dari bandar Batu Pahat. Anda akan melalui jalan yang berliku, keluar jauh dari hiruk pikuk kota ke penghujung peta Batu Pahat. Ia terletak bersebelahan jeti antarabangsa di pantai Minyak Beku.


PENGINAPAN


Pada kadar kurang dari RM120 semalam pada hujung minggu atau RM102 pada hari bekerja, MBA adalah pilihan terbaik bagi mereka yang ingin tinggal di tempat yang sunyi dan tenang, jauh dari kesibukan. Penginapan ala-ala chalet ini selesa dan sesuai didiami samada pasangan atau mereka yang berkeluarga. Namun demikian, sarapan pagi tidak disediakan.

IMG-20150702-WA0080.jpg

F & B


02.jpg

Memandangkan sarapan tidak disediakan, bagi yang Muslim, anda terpaksa keluar dari persekitaran MBA

ke kampung atau pekan berhampiran, kurang 5 minit berkereta, bagi mencari makanan kerana restoran yang terdapat di sini kurang bersesuaian dengan anda.


Namun demikian, di sebelah petang, terdapat satu kedai oleh pengusaha Muslim untuk keperluan makanan anda jika tidak mahu menikmati makanan di luar. Bagi non-Muslim, pilihan makanan banyak terutamanya makanan laut dari restoran dan kedai-kedai di MBA mahupun restoran berhampiran yang kerap dikunjungi pelancong Singapura.


TARIKAN


04.jpg

Penduduk sekitar Batu Pahat berkunjung ke sini terutamanya pada hujung minggu bagi tujuan rekreasi, berkelah dan barbeku.


MBA juga dikunjungi terutamanya pelancong dari Singapura bagi mereka yang minat memancing. Kolam pancing bersebelahan menawarkan dua (2) kolam yang salah satunya mengandungi ikan-ikan lebih 5kg pada kadar RM120 / 3 jam. Bagi yang berminat memancing di laut, pakej bot juga ditawarkan pada kadar RM250 hingga RM600.


Selain itu, pantai Minyak Beku dan Rumah Api turut menjadi tarikan pelancong ke Minyak Beku.


KEMUDAHAN


MBA turut menawarkan pakej mengadakan acara rasmi atau bina pasukan dengan kapasiti dewan 1,000 orang. MBA turut dilengkapi kemudahan gelanggang badminton, gelanggang tenis dan paintball. Walaubagaimanapun, kemudaha penginapan terhad kepada 300 orang sahaja.


KESELURUHAN : 6.5 /10


PROs: Jauh dari kesibukan

Pemandangan

Fishing-haven


CONs: Tiada pengangkutan awam

Tiada sarapan pagi

Tidak mesra Muslim






 
 
 

コメント


Editor
Search By Tags

Also Featured In

    Like what you read? Donate now and help me provide fresh news and analysis for my readers   

Donate with PayPal

© 2023 by "This Just In". Proudly created with Wix.com

bottom of page